My Blog List

Latihan ......Sila Mencuba

Kata Ganti Nama Diri - Tahun 3
Bahasa Melayu

  1. Tun Dr. Mahathir Mohamad ialah beks Perdana Menteri yang berwibawa. .............. digelar sebagai Bapa Pemodenan.
A.       Beta
B.        Beliau
C.        Saya
D.        Kalian
  1. "Emak, boleh berikan ................... wang kerana saya mahu membeli buku," kata Aimi.
A.     beliau
    1.  saya
    2.  dia
    3.  kalian
  1. "Ambil beg .................. dan keluar segera dari rumah sewa ini," kata Pak Ali kepada Zali.
    1.  beliau
    2.  beta
    3.  kalian
    4. kamu
  2. " ..................... mahu semua rakyat hidup dalam keadaan yang aman dan bersatu padu," titah sultan.
    1.  Aku
    2.  Beta
    3.  Dia
    4.  Saya
  3. " .................... mesti belajar bersungguh-sungguh kerana peperiksaan sudah hampir," kata Cikgu Milah kepada muridnya.
    1.  Saya
    2.  Kamu
    3.  Beta
    4.  Beliau
  4. "Cikgu Katijah tidak dapat hadir kerana ................ demam," kata Cikgu Lina.
    1.  dia
    2.  awak
    3.  baginda
    4.  mereka
  5. "...................... menurut pertintah tuanku," kata Hang Kasturi
    1.  Kamu
    2.  Patik
    3.  Saya
    4.  Aku
  6. "Sungguh cantik tempat persinggahan ini, ..............," kata Demang kepada Sultan Melaka.
    1.  awak
    2.  kalian
    3.  tuanku
    4.  baginda
  7. "Baju .............. basah kerana terkena air sirap tadi," kata May Ling kepada kawan karibnya.
    1.  beta
    2.  beliau
    3.   kita
    4.   kalian
  8. " ................... tumpang lalu Datuk Panglima," kata Dang Anum.
    1.  Aku
    2.  Beta
    3.  Kami
    4.  Hamba
  9. ....................... akan merasmikan sekolah ini pada bulan hadapan.
    1.  Mereka
    2.  Tuanku
    3.   Beliau
    4.   Dia
  10. "Siapakah nama adik .......................?" tanya Kamarul kepada Halim.
    1.   tuanku
    2.   kalian
    3.   anda
    4.   awak
  11. " ....................... mesti mengulang kaji pelajaran mulai sekarang," kata Aiman kepada kawan sekelasnya.
    1.   Kita
    2.   Kami
    3.   Kamu
    4.   Mereka
  12. " ................. sudah beli buku yang Cikgu Mariah cakap semalam?" tanya Faizah kepada Intan.
    1.   Kami
    2.   Tuanku
    3.   Anda
    4.   Engkau
  13. " Mana buku teks ................... Linda?" tanya Cikgu Rose.
    1.   kamu
    2.   saya
    3.   kau
    4.   aku